Cocker spaniel Amerika
Cocker spaniel Amerika

Cocker spaniel Amerika

Cocker spaniel Amerika (Bahasa Inggeris: American cocker spaniel) ialah satu baka anjing sukan. Ia merupakan anjing jenis spaniel yang berkait rapat dengan cocker spaniel Inggeris; kedua-dua baka ini mencapah pada abad ke-20 kerana piawaian baka berlainan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Di Amerika Syarikat, baka ini biasanya dipanggil cocker spaniel, sementara di bahagian dunia yang lain, ia dipanggil cocker spaniel Amerika supaya dapat membezakan antaranya dengan sepupu Inggerisnya. Perkataan cocker berkait dengan kegunaan anjing ini untuk memburu woodcock di England, sementara "spaniel" diperoleh daripada asal jenis anjing ini di Sepanyol.Spaniel pertama di Amerika datang dengan Mayflower pada 1620, tetapi tidak sehingga 1878 cocker spaniel pertama didaftarkan dengan American Kennel Club (AKC). Sebuah kelab baka kebangsaan didirikan tiga tahun kemudian dan anjing ini dianggap sebagai bapa baka moden, Ch. Obo II, lahir pada sekitar masa ini. Menjelang 1920-an keragaman Inggeris dan Amerika untuk cocker menjadi ketara kelainannya dan pada 1946 AKC mengiktiraf jenis Inggeris sebagai baka terpisah. Tidak sehingga 1970 The Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf cocker spaniel Amerika sebagai terpisah daripada jenis Inggeris. Cocker Amerika merupakan baka paling popular di Amerika Syarikat semasa 1940-an dan 1950-an dan sekali lagi semasa 1980-an, memuncak selama sejumlah 18 tahun. Ia juga telah memenangi gelaran Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Westminister Kennel Club empat kali, dan telah dikaitkan dengan Presiden Amerika Syarikat beberapa kali, dengan pemiliknya termasuk Richard Nixon dan Harry S. Truman. Pada 2013, cocker spaniel mengambil kedudukan ke-29 dalam [statistik pendaftaran https://www.akc.org/reg/dogreg_stats.cfm American Kennel Club] bagi perbandingan bersejarah dan arah aliran ketara.Baka ini merupakan anjing sukan yang terkecil diiktiraf oleh AKC, dan kepalanya yang berbentuk tersendiri menjadikannya boleh dikecam serta-merta. Tambahan, ada sesetengah perbezaan bertanda antaranya dengan saudara Inggerisnya. Ia merupakan baka gembira dengan kecerdasan pekerjaan purata, namun dengan dibiakbakakan kepada piawaian pertunjukan ia bukan lagi anjing pekerja unggul. Anggota baka ini menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah dengan jantung, mata dan telinga.

Cocker spaniel Amerika

NZKC Gundog
TraitBuluWarna
Trait
BuluPanjang sederhana, tebal
WarnaPutih, hitam, perang, sawo matang, kelabu, merah, perang kekuning-kuningan
Negara asal Amerika Syarikat
Bulu Panjang sederhana, tebal
UKC Gundog
Warna Putih, hitam, perang, sawo matang, kelabu, merah, perang kekuning-kuningan
FCI Kumpulan 8 Seksyen 2, Anjing penggarah #167
Pengelasan dan piawaianFCIAKCANKCCKCKC (UK)NZKCUKC
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan 8 Seksyen 2, Anjing penggarah #167(Piawaian)
AKCSukan(Piawaian)
ANKCKumpulan 3 Gundog(Piawaian)
CKCKumpulan 1 Anjing Sukan(Piawaian)
KC (UK)Gundog(Piawaian)
NZKCGundog(Piawaian)
UKCGundog(Piawaian)
AKC Sukan
KC (UK) Gundog
CKC Kumpulan 1 Anjing Sukan
ANKC Kumpulan 3 Gundog
Nama lain Cocker spaniel (di Amerika Syarikat)
Cocker
Merry Cocker[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Cocker spaniel Amerika http://www.ankc.org.au/Breed_Details.aspx?bid=78 http://www.fci.be/Nomenclature/Standards/167g08-en... http://www.animalplanet.com/breed-selector/dog-bre... http://www.ukcdogs.com/WebSite.nsf/Breeds/CockerSp... http://www.nzkc.org.nz/breed_info/br348.html http://www.akc.org/breeds/cocker_spaniel/breed_sta... http://dmoz.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Sporti... http://books.google.co.uk/books?id=cHkKjYN5EV0C&pg... http://books.google.co.uk/books?id=i2frQ4e1KgcC&pg... http://books.google.co.uk/books?id=qHpwuQo7ZIoC&pg...